Kuala Lumpur

Ho Young Jing - NO MATRIK: D20102046634

Sunday, 11 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KELAS  PEMULIHAN KHAS

PERKARA
KUMPULAN A
KUMPULAN B
NAMA MURID
Dyg Nur Ayuni Awg Asagah
Noor Asykin Kamal
Nuraeryka Ramlee

Muhd. Halifie bin Manja
Saifudin bin Julaihi
TAJUK
Operasi Tambah dalam lingkungan sepuluh


Operasi Tambah dalam lingkungan sepuluh
KEMAHIRAN

5.3  Melengkapkan ayat matematik bagi operasi
       tambah yang melibatkan nombor hingga 10.
5.4  Meyelesaikan operasi tambah dalam bentuk
       lazim.

5.2  Menulis ayat matematik bagi operasi tambah
       melalui prosespenyatuan.
5.3  Melengkapkan ayat matematik bagi operasi
       tambah yang melibatkan nombor hingga 10.

OBJEKTIF P & P
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid sekurang-kurangnya dapat:
1.      Menyelesaikan  8 daripada 8 ayat matematik bagi operasi tambah dengan betul.
    2.     Menyelesaikan 8 daripada 8 operasi
            tambah dalam bentuk lazim dengan betul.
    3.     Dapat menjawab dengan betul 7 daripada
            8 bagi penyelesaian masalah operasi
            tambah.
   
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid sekurang-kurangnya dapat :
1.       Mengenalpasti konsep tambah dan simbol tambah   dan sama dengan.
 2.   Menyelesaikan 5 daripada 8 ayat matematik bagi
       operasi tambah dengan betul.
 3.   Menyelesaikan 6 daripada 10 operasi tambah dalam
       bentuk lazim dengan betul.

PENGALAMAN SEDIA ADA

Mengenal angka 1 hingga 10, operasi tambah dalam lingkungan 10.
ALAT BANTU MENGAJAR
-Komputer riba
-Guli
-Permainan Memancing
-Carta
-Komputer riba
-Guli
-Permainan Menembak Belon Air
-Carta

PENERAPAN NILAI

Bekerjasama
Kesungguhan
Kreativiti

KEMAHIRAN BERFIKIR
Penyelesaian masalah secara relatif
Penyesuaian
Penggabungan

SET INDUKSI
(8 MINIT)
·         Guru meminta murid-murid duduk mengikut kumpulan masing-masing.
·         Guru dan murid menyanyikan lagu “Counting Sheeps”.
·         Murid mengayakan gerak badan mengikut rentak musik.
PERKEMBANGAN
Langkah 1
(15 minit)

Permainan:
1.   Guru menyediakan permainan memancing
      ikan magnet  yang disusun di suatu sudut
      kelas kepada murid.
2.   Murid dikehendaki memancing ikan magnet
      di dalam air besen yang mengandungi
      penyelesaian masalah.
3.   Murid perlu menyelesaikan masalah
      matematik yang terdapat pada ikan magnet
      tersebut.
4.   Murid yang dapat menyelesaikan masalah
      matematik yang terbanyak dan betul akan
      dianggap pemenang.
    
Interaksi:
  1. Guru menunjukkan penyelesaian operasi tambah dalam ayat matematik kepada bentuk lazim.
  2. Guru menggunakan roda ayat matematik bagi menukaran ayat matematik kepada bentuk lazim.
  3. Guru menyoal murid dan meminta murid menunjukkan jawapan di papan putih.
  4. Murid menulis ayat matematik kepada bentuk lazim di papan putih.
  5. Guru menyemak jawapan murid dan memperbetulkannya.

Langkah 2
(15 minit)









Interaksi:
1.      Guru menyediakan serta menerangkan 
         soalan dan contoh bagi penyelesaian
         masalah operasai tambah dalam lingkungan
         sepuluh.
2.      Murid mendengar dan memberi respon
         kepada penerangan guru.
3.      Guru menyoal murid secara giliran dan
         latih tubi bagi memperkukuhkan
         pemahaman mereka.
4.      Murid menjawab soalan dengan menulis
         jawapan di papan putih.
5.      Guru akan menyemak jawapan murid dan
         memperbetulkannya. 

         
                    
Langkah 3
(15 minit)

Latihan:            
      1.    Guru mengedarkan latihan kepada murid
             dan mengarahkan murid untuk
             menyelesaikan penyelesaian masalah
             bagi operasi tambah.
      2.    Murid-murid membuat latihan dengan
             menulis jawapan dalam tempat jawapan
             yang disediakan.   










Permainan:
1.   Guru menyediakan permainan menembak belon air
      di dalam besen kepada murid.
2.   Murid dikehendaki menembak belon air di dalam
      besen.
3.   Murid perlu menyelesaikan ayat matematik
      dalam bentuk lazim yang terdapat dalam belon 
      tersebut.
4.   Murid yang dapat menyelesaikan ayat
      matematik yang terbanyak dan betul akan
      dianggap pemenang.
      

PENUTUP
(7 minit)
·         Guru menyoal setiap kumpulan mengenai tajuk yang telah dipelajari.
·         Guru menyampaikan hadiah ekonomi token kepada murid yang mendapat banyak bintang.
·         Guru dan murid menyanyikan semula lagu “Ten little Indians” sebelum bersurai.


No comments:

Post a Comment