Kuala Lumpur

Ho Young Jing - NO MATRIK: D20102046634: REFLEKSI PEMBELAJARAN

Friday 9 December 2011

REFLEKSI PEMBELAJARAN

Untuk proses pengajaran mikro ini, tema yang digunakan adalah Bentuk di bawah Matematik  Tahun 1.  Bentuk yang diajarkan termasuklah:
  • Segiempat
  • Bulatan
  • Segi tiga

Kawan saya berpendapat bahawa mikro pengajaran saya bolehlah dikatakan berjaya kerana dapat menyampaikan isi kandungan pengajaran kepada pendengar dengan berkesan. Dalam perkataan lain, mereka faham akan apa yang disebutkan serta diajarkan oleh saya di dalam kelas.

Kekuatan utama dalam proses pengajaran secara mikro ini adalah saya fasih dalam pertuturan dan pembentangan di dalam kelas. Ini membolehkan saya menyampaikan pengajaran saya dengan lebih berkesan. Pada masa  yang sama, penggunaan contoh yang spontan dan relevan juga menyebabkan seluruh proses pengajaran secara mikro ini berkesan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan  yang saya perlu memperbaiki supaya proses pengajaran saya akan bertambah baik di masa depan. Antaranya, saya perlu meningkatkan suara saya. Kawan  - kawan saya berpendapat bahawa suara saya kadang – kala terlalu lembut dan susah didengari murid di dalam kelas. Mereka juga berpendapat bahawa suara yang lembut ini mungkin tidak mampun untuk menarik perhatian serta mengekang murid – murid yang kurang konsentrasi di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment